DEFINISI KLUSTER DENGGI DAN HOTSPOT

 

DEFINISI KLUSTER DENGGI



Kluster denggi merupakan kawasan di mana terdapat dua atau lebih kes denggi berlaku dalam kawasan 200 meter radius dari kes indeks dalam tempoh 14 hari dari tarikh notifikasi kes indeks.

Tarikh kluster bermula: Pada tarikh notifikasi kes kedua

Tarikh kluster tamat: SELEPAS hari ke 14 daripada tarikh notifikasi kes terakhir

DEFINISI HOTSPOT DENGGI



Hotspot denggi merupakan lokaliti wabak berlarutan melebihi tempoh 30 hari dari tarikh wabak bermula.