iDengue Untuk Komuniti

PENGENALAN

Sistem iDengue Untuk Komuniti merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat denggi terkini di Malaysia kepada orang awam. Maklumat dalam sistem ini dikemaskini setiap hari.



Paparan Utama iDengue

APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH DIPEROLEHI MELALUI PAPARAN iDENGUE ?


      Paparan Lapisan Peta


      Carian Maklumat Kawasan Terlibat dalam Kluster Denggi Mengikut Negeri


      • Status bilangan kes denggi harian mengikut negeri;
      • Jumlah kes terkini mengikut negeri dan daerah;
      • Senarai kawasan dalam kluster wabak;
      • Senarai kawasan hotspot;
      • Peta kluster denggi dan maklumat-malumat denggi yang berkaitan;
      • Hebahan maklumat terkini aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk makluman orang awam;
      • Maklumat berkaitan COMBI
    APAKAH PERANAN PENGGUNA DAN ORANG AWAM?

        • Pengguna boleh memberikan sebarang maklumbalas dan aduan berkaitan denggi kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya



        • Paparan Borang Maklumbalas Untuk Kemudahan Pengguna Sistem iDengue


        • Pengguna boleh menyertai Pasukan COMBI dengan mendapatkan maklumat untuk menyertai COMBI di negeri masing-masing melalui maklumat Stesen COMBI.


        • Paparan Maklumat dan Lokasi Stesen COMBI